Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hndak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Diriwayatkan oleh al-Tabrani)

31 January 2012

buat muslimin muslimat sekalian ==,

ketahuilah...
walau jutaan tangan yg datang menghalang kamu dan dia untuk bersatu ..
akan tetapi jika Allah telah takdirkan si dia untuk kamu..
pasti Allah akan satukan kamu walau pahit dan payah..
dan ketahuilah...
walau berjuta tangan yg datang untuk satukan kamu dan dia..
akan tetapi jika Allah takdirkan dia bukan untuk kamu..
pasti kamu tidak akan bersatu..


oleh itu .,


banyakkanlah doa agar Allah memilih dia untuk kamu..
dan jika Allah telah memilih dia untuk kamu..
maka bersyukurlah dengan hati yang penuh keikhlasan dan keredhaan..
kerana dia adalah pilihan dari Allah :)



0 comments: